Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Saturday, May 23, 2009

Pengasas syarikat De Classic Life (DCL) Dato' Stapa Hj. Omar

Perutusan Stapa Hj. Omar
Selamat datang ke alam kebebasan kewangan dan gaya hidup teransang DCL. Ini bermakna anda mengucapkan selamat tinggal kepada rutin hidup yang penuh tekanan. Kebanyakan insan di dunia ini hanya bergantung kepada gaji yang dibayar untuk kestabilan masa hadapan. Kebebasan kewangan kelihatan hanya satu impian kosong.

Tetapi bagaimana dengan mereka yang berjaya meningkatkan diri dan mencapai kebebasan kewangan mereka? Yang pasti mereka ini tidak mempunyai lampu ajaib. Mereka yang berjaya, bijak menggunakan ‘KUASA PILIHAN' yang dianugerah Tuhan dengan memilih pilihan yang tepat.


Bagi mereka yang melihat peluang dan terus mengambilnya semasa peluang itu tiba akan berjaya, manakala bagi mereka yang tidak nampak peluang tersebut atau hanya sekadar mencuba nasib pasti akan gagal.

Dunia sedang menyaksikan satu aliran raksasa di dalam industri pemasaran pelbagai peringkat (Networking) dengan penghasilan jualan mencecah angka melebihi US$100 Billion setahun dan ianya terus berkembang pada kadar fenomenal. Begitu juga di Malaysia dan seluruh rantau asia pasifik, menunjukkan pertumbuhan dengan kadar multi Billion Ringgit, dan terus berkembang.

Oleh kerana itu DCL pastinya akan menjadi satu kenderaan yang akan membawa anda menuju matlamat Kami menyedikan rancangan menarik dan berinovatif di amana prinsip-prinsip keadilan kepada pengguna dan pengedar dijadikan asas.

Dengan semangat perjuangan dan keberanian yang tinggi, percayalah tidak ada apa yang tidak boleh anda ubah. Marilah membangun bersama DCL. Jadikan hari ini sebagai permulaan bagi satu kehidupan yang lebih bermakna. Lakukan yang terbaik hari ini untuk masa hadapan yang cemerlang. Marilah melangkah ke dunia kemenagan. Bangunkan gergasi yang sedang tidur. Ayuh! Bertindaklah sebagai seorang pejuang dengan penuh keyakinan.

Walaubagaimanapun jangan sekali-kali biarkan impian anda terkubur kerana kurang keyakinan. Dan jangan sekali-kali anda menugggu sehingga cukup tahu untuk memulakanya. Orang yang sampai ke destinasi adalah orang yang memulakannya. Pengetahuan dan keyakinan akan terbina melalui proses tindakan. Bermulalah dengan apa yang anda ada. Sesungguhnya anda akan tidak akan temui hatta sehari pun, hari yang anda benar-benar bersedia. Melangkahlah ke hadapan dan jangan biarkan orang lain memindahkan ketakutan kepada anda serta menghalang perubahan.

Sayugia diingatkan, pejuang tidak pernah takut kepada rintangan dan kegagalan, justeru rintangan dan kegagalan adalah pra syarat kepada sebuah kejayaan.

Perutusan Azlina Hj.Che Abdullah
Tahniah diucapkan kepada anda kerana memilih perniagaan DCL yang unik dan adil ini. Sebagai seorang pengedar Networking bebas DCL sebenarnya anda telah memulakan langkah pertama dan sedang melangkah ke satu dunia yang menawarkan peluang kemerdekaan kewangan dan masa hadapan yang lebih baik.

Perniagaan Pemasaran Pelbagai Peringkat (Networking) adalah benar-benar satu perniagaan di alaf baru ini, justeru perniagaan Networking adalah yang mengungguli sistem perniagaan bebas dewasa ini. Pelan pemasaran DCL menawarkan kehebatannya; pelan yang unik yang adil, menguntungkan dan mudah dicapai. Dengan gandingan produk-produk kesihatan dan kecantikan semulajadi kami yang berprestij seta terbukti keberkesanannya, bererti anda sedang melakukan satu kerja mulia untuk memakmurkan dunia ini.

Penawaran ini adalah suatu situasi kemenangan berkembar:

1. mempertingkatkan kesihatan manusia dan
2. pendapatan lumayan daripada pelan pemasaran unik dan adil kami.

Untuk melangkah ke dunia kemenangan ini, pertama pilihlah untuk menang dan seterusnya kembangkan potensi tanpa had anda yang miliki bersama di DCL. Melangkah seterusnya kehadapan tanpa memberi apa-apa alasan pada diri anda, kecuali dengan satu alasan, “Kenapa anda perlu jalankan perniagaan DCL dengan komitmen yang total?”.

Diingatkan, dua sebab terbesar kenapa ramai pengedar-pengedar Networking gagal.

1. Pertama kerana tidak mahu memulakan segera dan
2. Kedua kerana mudah berputus asa.

Oleh kerana itu mulakan bertindak dengan segera. Hindarilah tabiat suka bertangguh, justeru kerja bertangguh tidak akan menjadi. Sediakan pelan tindakan. Gunakan kalendar aktiviti bulanan (M.A.C) dan amalkan setiap malam sebelum tidur dengan mencatat apa sahaja aktiviti yang perlu anda lakukan keesokannya. Dan, bertindaklah berpandukan catatan kalendar aktiviti harian tersebut. Seterusnya analisa semua pencapaian bulanan dan teruskan tindakan seperti yang telah di atur. Kejayaan pasti milik anda. Didoakan agar sama-sama dapat kita merealisasikan impian. Detik permulaan kejayaan anda pasti bermula di sini.

No comments:

Post a Comment

Malaysian Business Locations Directory