Malaysian Business Locations Directory

ONEXOX Peneraju Prabayar Kadar Jimat

Saturday, May 23, 2009

Produk DCL De Classic Life - Red Guara Aluminium

SEJARAH GUARANA

Guarana di mana bijinya berbentuk bulat, kecil, merah dan berkelompok jenis tumbuhan menjalar dari Amazon, Brazil. Nama Guarana adalah dirujuk sebagai 'mata' (pokok suci) oleh kaum Guaranis India di Amerika Selatan.

Rekod permulaan penggunaan Guarana adalah bermula pada tahun 1669 bila mana J.Felipe (seorang mubaligh) mendapati kaum India di Kota Maues telah menggunakannya sebagai tonik dan bahan perangsang. Hasil kajian daripada saintis didapati faktor di sebalik rahsia orang India di Kota Maues di tebing Amazon berumur panjang.

Secara purata mereka berusia 80 tahun ke atas dan dalam setiap 1000 orang, 3% daripadanya berusia 100

tahun ke atas. Justeru itulah Guarana terkenal sebagai “Pokok Suci” dalam budaya orang India. Maka itulah Dr. Anna Aslan berkata “samada manusia dapat menjadi muda, kuncinya pada guarana. Bahkan ia sumber mengekalkan kecantikan”.



1.2) KANDUNGAN BAHAN UTAMA TERDAPAT DALAM GUARANA

(1.2.1) Nilai Perubatan
Guaranina, Hipoxantina, Proantocyonidina, Asid Salisilik, Tannin, Teobronina, Teofilina dan Xantina.

(1.2.2) Nilai pemakanan
Asid amino: Leusina, Lisina, Tirosina, Metaionina, Triptofana, Valina, Sistina, Alanina, Asid Glutamik,Isoleusina, Arginina dan Glisina. Mineral (Galian) : Kalium,Fosfors, Kalsium, Zat Besi dan Zink. Adenina, Guanina, Kolin, Glukosa, Musilaj dan Asid Nikotonik. Vitamin B1, B2, B6, B12, dan E
(1.3) KANDUNGAN BAHAN AKTIF DALAM GUARANA:

Kumpulan Xantina (metilxantina), Alkaloid (kumpulan Metilxantina) Terdiri dari :Guaranina atau bahan asal kafein (Tetrametilxantina).
(1.4) LAIN-LAIN BAHAN DALAM GUARANA

Saponin,Tannin Astrigent,Minyak Asli
(1.5) APA GUARANA BOLEH BUAT ?

(1.5.1) Guarana didapati sangat berkesan menentang Arteriosklerosis dimana tindakbalasnya akan menghasilkan HDL (High Density Lipo Protein/ kolesterol baik) yang akan membersihkan lapisan saluran darah dari gejala kolesterol buruk (LDL-Low Density Lipo Protein).

(1.5.2) Meningkatkan bekalan Oksigen dalam badan (pernafasan).
Saluran pernafasan iaitu Bronkiol akan mengembang.Lebih banyak Oksigen dibawa masuk.
Lebih Oksigen untuk sel-sel badan.

(1.5.3) Menambah kebolehan mendapat tenaga:
Menggalakkan penggunaan tenaga simpanan (Glikogen) di dalam hati.Meningkatkan gula (glukosa) darah yang membekalkan tenaga badan.Tenaga untuk sel bertambah. Keseluruhannya biomekanisme badan dipertingkatkan /diperbaiki.Menghindarkan atau mengurangkan kepenatan. Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual. Penahan lapar. Oleh kerana itu membantu untuk menurunkan berat badan dan bagus untuk orang yang berpuasa.

(1.5.4) Meninggalkan kesan hormon :
Pada sel, guarana menghalang enzim Fosfodiesterase daripada menukar cAmp kepada 5 Amp.
Ia melengahkan dan meningkatkan kesan pelbagai hormon. Ini mengembalikan fungsi fisiologi badan tertentu dan meningkatkan aktiviti badan.
2. RED BEET ROOT / UBI BIT MERAH (Beta vulgaris)

(2.1) SEJARAH UBI BIT MERAH:
Ubi Bit Merah sering digunakan oleh orang-rang Cina dan Eropah dalam pemakanan harian sebagai sumber tenaga badan dan untuk kesihatan secara menyeluruh.

(2.3)KELEBIHAN UBI BIT MERAH
Mengandungi karbohidrat,protein dan lemak untuk tenaga.Mengandungi vitamin seperti: A, B1, B2, B6, B12, dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit. Pigmen merah dalam bit di dapati berkesan bertindak sebagai agen anti kanser. (Dr.Ferenzi yang mempunyai 18 tahun pengalaman dalam merawat pesakit kanser pernah menyatakan “Ubi Bit Merah mengurangkan aktiviti sel-sel kanser”). Mengandungi komponen “Betaine” yang sangat berkesan membantu fungsi hati.Asid nukleik dari bit menyubur dan membantu separasi sel.Mengandungi Beta-Carotena dan Karotenoid yang merupakan anti-oksida.
Mengandungi pelbagai galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu membina darah dan kesihatan jantung (Pakar-pakar penyakit jantung dari Universiti of Wisconsin Madison, U.S menyatakan “Ubi Bit Merah yang kaya dengan asid folik nutrient bagi membantu menghindari daripada serangan sakit jantung”)
Kaya dengan Kalium, Niasin, Asid Folik, Zink, Magnesium, Fosforus, Kalsium, Sulfir, Fodine, Ferum, Kuprum dan termasuk juga galian yang sukar didapati seperti Rabidum dan Cesium. Membantu menyerap pelbagai nutrient yang diperlukan.Perangsang dan pembersih ginjal. Membantu memberi perlindungan maksima terhadap migrain. Buang toksik.

3. RED YEAST RICE / YIS BERAS MERAH (Monascus purpurues)

(3.1) SEJARAH YIS BERAS MERAH:
Yis Beras Merah telah digunakan oleh orang-orang Cina sejak beratus-ratus tahun sebelum ini. Beras Merah adalah hasil 'fermentasi' sejenis Yis Monascus purpureus yang selalunya sering digunakan secara tradisional oleh orang Cina merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut.


Kajian secara saintifik ke atas Yis Beras Merah didapati berfaedah kerana :
Komponen-komponen penyekat HMG-COA reductase berupaya menurunkan kadar jumlah kolesterol. Bagus untuk menurunkan berat badan. Ianya juga berkesan menurunkan kadar lemak degil/ jahat (Trigliserida). Mengandungi belasan komponen asli yang sama seperti dengan ubat 'satin' di mana dewasa ini sangat popular digunakan untuk merawat masalah kolestrol berlebihan (seperti jenama, Baycol, Lescol, Lipitor, Meracor dan Pravachol).Melembutkan saluran darah yang keras.Membantu proses penghadaman yang sempurna.Sakit perut.

4. KOPI ARABICA/ ARABICA COFFEE

(4.1) KELEBIHAN KOPI ARABICA:
Biji Kopi Arabica ditanam 2000 kaki (610 meter) dari aras laut, justeru ianya mengandungI kadar air yang minima, maka bagus untuk kesehatan dan rasa yang enak. Biji Kopi Arabica juga mengandungi kadar kafien yang minima justeru bagus untuk penghidap Migrain dan boleh diminum oleh kanak-kanak.

(5.1) KELEBIHAN KACANG SOYA:
Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah:


* Tidak menganggu potensi herba yang diadun bersama.
* Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik.
* Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.
* Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron dan phosphorous.Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
* Ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
* Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
* Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
* Ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
* Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein,sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.


Nota:
Red Guara Cafe adalah produk di bawah Bahagian Kawalan Mutu Makanan. Kategori makanan dan minuman tidak perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan bahkan bukan di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

No comments:

Post a Comment

Malaysian Business Locations Directory